Selamat Hari Bapa!!!

Salam semua....


Hari nih merupakan hari yang paling penting dan berharga untuk kaum bapa. Di kesempatan ini PU nak ucapkan Selamat Hari Bapa untuk orang yang penting dalam hidup PU iaitu incik hubby, ayah & ayah mentua PU..


Untuk incik hubby Selamat Hari Bapa. Terima Kasih kerana menjadi abi yang sempurna dan terbaik kpd anak-anak kita. Kasih sayang abg terhadap anak-anak amat ayang hargai. Terima Kasih kerana sudi menjadi bapa yang baik kepada anak-anak kita.


Untuk ayah Selamat Hari Bapa jugak. Terima Kasih atas segala kasih sayang yang ayah curahkan untuk kami adik beradik. Pengorbanan ayah takkan Kakmi lupakan sampai bila-bila. Kesusahan kita dulu banyak mengajar Kakmi supaya menjadi manusia yang tabah dan kuat mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang. Terima Kasih sekali lagi kerana jadi ayah kepada kami semua. Luv u ayah..


Untuk ayah mentua Selamat Hari Bapa. Terima Kasih kerana sudi terima Mimie as ur DIL. Ayah memang FIL yang sporting morting, baik dan selalu back up Mimie kalo Mimie fighting2 dengan incik hubby, Elly. Terima Kasih atas segala nasihat yang ayah berikan untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga kami.

Sekali lagi 'SELAMAT HARI BAPA' untuk bapa2 seantero dunia...


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.