Review Filem 3,2,1 Cinta

Hai peeps!!!

Pu fikir drp biarkan belog PU nih bersawang takde entry baru PU, nak buat review filem. PU teringat pasal 3,2,1 Cinta yang bakal berada di pawagam pada 16 Jun 2011 nih. Jom kita baca dulu sinopsis filem arahan Azhari Mohd Zain.

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.



Dah tengok trailer filem nih???Berapa bintang uols bagi untuk filem nih??agak2 filem nih leh capai box office tak???

Sesiapa yang kaki wayang tuh boleh la tengok filem lakonan Diana Amir & Farid Kamil sebagai watak utama filem nih.
Nak tahu apa itu churp churp? Klik SINI

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.