Mataku pedih!!!

Salam peepss!!!
PU nak ngadu nih mata PU pedih sesangat gara-gara tak cukup tidur semalam. Biasalah bila ada dua orang anak2 yang masih kecil, keadaan macam nih memang tak boleh nak elak. Malam tadi Aina tak nak tidur. Sampai pukul 4 pagi dia tak nak tidur, duk main-main lagi. Yang si adik pun sama tak nak tidur...mulut tuh asyik nak kena sumbat jer (menyusu la)..Bila dah banyak sangat menyusu kembung pulak...
Mata PU yang dah naik pedih & kepala mula dah pening2. PU rasa nak marah jer tapi bila fikir balik dorg nih budak kecik lagi mana dorg tau kita nih marah ke tak...
Si Auni kalau dah nangis kompom satu taman leh dengar suara dia. kang orang fikir PU dera dia pulak. PU pujuk2 dia sapu perut dengan minyak Yu Yee, pastu tepuk2 badan dia sambil berzikir..Then, PU peluk Auni dengan cara baringkan dia mengiring. Ni petua yang nenek PU bagi. Kalo budak kembung ngiringkan dia sambil tepuk2 badan dia. InsyaALLAH lega. Memang betul petua tu menjadi. Sambil tuh PU rasa ubun-ubun Auni.
Aina pulak dah tidur, tak tahu bile masa dia tidur. Lega hati PU tengok dia dah tidur. Kalo tak ada jer keje dia buat.
Masa entry nih dibuat mata PU dok pedih lagi. Breast kiri PU dah dua hari sakit mungkin kesan menstrual kot...
PU kompom sesape yang ada anak kecik mesti mengalami situasi macam PU nih kan???



Pic Aina & Auni nih saja PU tempekkan....Dua orang puteriku yang banyak fiil dan ragam...Kadang2 tak terdaya rasanya menjaga dorg nih...Yelah, jarak pun tak jauh setahun tiga bulan jer...

 Click here to get 1 Million Guaranteed Real Visitors, FREE!
Claim Your 1 Million Guaranteed Real Visitors!
Get 1 Million Hits, FREE!
Send me 1 Million Free Visitors!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.