Kenapa Tentera??

Alhamdullillah...Kuiz : Siapa Nak Avon Intimates dah ada pemenangnya. Jawapan yang ditinggalkan peserta di ruangan komen PU sengaja HIDE kan....hanya PU saja yang boleh tengok jawapannya. Majoriti teka cita-cita PU ialah POLIS. Tapi sebenarnya PU bercita-cita nak jadi TENTERA.

Ada tentera udara, tentera darat dan tentera laut. Antara tiga nih PU memang berminat sangat nak join air force @ tentera udara. Memang minat giler dengan badan beruniform nih. Ingat tak dulu ada drama kisah tentera udara, MENERJAH AWAN. PU memang tak pernah miss even satu episod pun drama nih. Sampaikan OST untuk drama nih iaitu Menerjah Awan nyanyian Farawahida, PU download & kunci kuat2 dalam hp PU nih...Lagu dia memang membakar semangat la.

Lirik - Menerjah Awan
Tiada jalan yang mudah
Tuju cita-cita
Selama kaki melangkah
Dugaan menderap
Untuk miliki sesuatu yang berharga
Harus berani yakin dan tabah
Menghadapi segala
Andainya beburung terbang kerana sayapnya
Aku terbang menerjah awan
Demi hasrat membara
Gunung dan ganang
Lautan yang terbentang
Hanya sesayup mata memandang
Bukanlah halangan
Hanya yang kuinginkan
Rampaian doa
Agar tiap langkah
Diiringi restu semua



Bila PU tengok para pelakonnya pakai uniform tentera udara memang nampak smart giler la.....Tapi tu la kan cita-cita PU tak kesampaian. Sebab apa? Sebab yang pertama ayah PU tak izinkan. Dia leh cakap amik course Diploma in Banking, kerja kat bank la buat apa jadi tentera udara...Sob..sob..sob..macam kena hempap dengan batu besar jer bila dengan jawapan ayah PU tuh...haiyakkk!!!!

Sebab yang keduanya PU dah rabun jauh. Sah2 disqualified kalau nak join tentera udara nih...2 kali sob...sob...sob...

Tapi takpe la kan mungkin takde rezeki PU kat situ..Kerja sekarang nih pun kira dah bersyukur sesangat. Tak dapat jadi tentera udara dapat hubby tentera darat pun jadi la..hehehe...

 Nak tahu apa itu churp churp? Klik SINI

2 comments:

  1. fuhhh, chara plak minat nak jd polis.tp mata plak rabun.kak mesti terorkan akaun.hihi~

    BalasPadam
  2. terror tak terror sgt la chara..alhamdullillah la mase spm dolu2 dpt a1....skang nih pun keje byk kire2...pening2..ari2 ngadap nombor..wakaka

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.