19 Keistimewaan Wanita

Hai peeps!!

Hari nih PU nak share sikit ilmu dengan uols tentang keistimewaan wanita nih...Jom kite tengok pe keistimewaan kite kaum Hawa...

  1. Doa wanita itu lebih makbul drp lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat drp lelaki.
  2. Wanita yang solehah (baik) lebih baik drp 1000 lelaki yang soleh.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (yakni makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan drp anak lelaki.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dgn mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta sikap bertanggungjawab, amak baginya adalah syurga.
  8. Apabila dirimu dipanggil oleh kedua orang tuamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
  9. Drp Aisyah r.a " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu drp anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya drp api neraka.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.. Masuklah dimana-mana pintu yang dikehendaki tanpa dihisab.
  11. Wanita yang taat kepada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya an menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya.""Siapa pulaberhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW "Ibunya."
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dr pintu syurga mana shj yang dikehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu drp suaminya (10,000 tahun)
  15. Apabila seorang perempaun mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatat baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan drpnya susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk mebela agama Allah SWT.
Itu la die 19 keistimewaan kita sebagai kaum Hawa. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Nak tahu apa itu churp churp? Klik SINI

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.