Tragik dan Logik

Wahh....kalo tengok tajuk entry nih len macam jer bunyinya..Pe yang tragik dan logik tuh???Huhuhu...Sebenarnya tajuk entry nih xde kne mengena ngan PU...jez PU nak share pe yang PU baca kat majalah UJANG bil 402 mlm td...PU tertarik ngan tajuk & cerita nih....cerita nih de kat kolum aLia iN ReD

Entry nih lebih kurang macam cerpen la...So,dengan bermurah hati & rajin yg terlampau PU post cerpen tuh kat blog nih...Bace tau jgn xbace.....CERITAnya mcm nih.......

Melihat keadaan terbaring kaku dengan penuh balutan luka, membuatkan aku sebak memandang anak saudaraku. Usianya yang baru setahun jagung tapi sedang bertarung nyawa untuk teruskan hidup atau perjalanannya terhenti di sini, itupun hanya bergantung pada bantuan pernafasan.

Banyak kes sebegini terjadi tapi aku menolak mentah kebenarannya, kini ianya berlaku di depan mata dan realitinya pula terkena pada anak saudaraku. Gadis berumur awal 20an itu seorang yang lincah dan cantik. Sebelum terbaring kaku, dia merupakan seorang gadis periang yang dikelilingi oleh orang yang menyayanginya.

Satu hari dia ditemukan takdir dengan seorang lelaki yang usianya jauh lebih matang darinya. dari situ mulalah bibit perkenalan antara mereka. Kerana dia seorang yang peramah maka mereka mudah mesra. Kalau dahulu dia yang bernama Junaidah selalu bersama dengan rakan-rakan seusianya tapi setelah bertemu dengan Halim, Junaidah banyak menghabiskan masa bersama Halim. halim yang mempunyai kenderaan dan wang telah beberapa kali mengajak Junaidah berjalan dan makan-makan.

Gadis seperti Junaidah pastinya terpikat dengan Halim kerana sikap Halim yang gentleman dan budi pekerti yang baik ditunjukkan kepada gadis sepertinya. Pertemuan demi pertemuan antara mereka, Junaidah pandai menyimpan rahsia. Tiada siapa dapat mencium kehadiran Halim dalam hidupnya. Mungkin Junaidah tahu pasti mak dan ayahnya tidak suka dia bergaul dengan lelaki dewasa dari umurnya.

Lagipun Junaidah masih belajar, pasti dia sendiri tahukesannya jika ahli keluarganya tahu dia berkawan rapat dengan Halim. Hari-hari berlalu seperti biasa, Junaidah ke kuliah dan kekadang pulang lewat dengan alasan keluar bersama rakan sekuliah atau berkumpul untuk study group.

Pada mulanya berkawan tetapi bila acapkali keluar bersama, hati telah terusik dari kawan bertukar kasih. halim yang menanti cinta dari gadis muda dan cantik seperti Junaidah pasti tidak lepaskan peluang di depan mata.


Segala pujuk rayu, bahasa cinta sesama mereka membuatkan hidup Junaidah begitu indah dengan kehadiran Halim. Janji-janji cinta dimeterai bersama, bahawa mereka tidak akan berpisah, malah akan hidup semati.


Lafaz janji itulah yang membuatkan dia sanggup mengorbankan segalanya pada lelaki seperti Halim. Kerana cinta, kerana sayang....lupa harga diri, lupa maruah diri semata-mata untuk menbuktikan cinta yang dilafazkan di mulut. Junaidah terlupa yang akan masa depannya, kerana pada fikirannya masa depannya ada pada lelaki bernama Halim. Kononnya dia sendiri tidak sanggup berpisah dengan Halim kerana Halim merupakan cinta sejatinya. Suatu hari Junaidahdapati dirinya agak aneh kerana badannya rasa tak sedap. Telahannya mungkin demam biasa.Tetapi pening-pening kepalanya membawa kepada muntah-muntah, membuatkan dirinya terasa sesuatu tidak kena. Keadaan itu diadukan pada kekasih hatinya Halim, Halim yang syak sesuatu telah membelikan kit ujian pada Junaidah. Junaidah yang masih naif tidak faham, tetapi bila dia membaca dan mengujinya ternyata Junaidah kini berbadan dua. Barulah dia tahu punca demam peningnya dan mengapa dia sudah tidak didatangi haid. Ketika itu Junaidah masih tidak memikirkan kesannya kerana baginya Halim akan mengaku dan menyelamatkannya dengan pernikahan.


Tetapi sebelum Junaidah sempat membuka mulut untuk berkata, Junaidah terlopong melihat Halim bersama wanita lain. Apalagi, Junaidah naik anginlah.


"Siapa perempuan tadi, bukankah abang kata, abang ada Junaidah seorang. lagipun bang, Junaidah dah berbadan dua. Jom, jumpa family Junaidah, kita berkahwin."Kata Junaidah.


Halim hanya diam memandang Junaidah. Dia sudah mula muak dengan desakan Junaidah. baginya Junaidah tidak faham adat percaturan bercinta dengannya.


"Itu isteri abang, abang takkan tinggalkan isteri abang. Junaidah yang relakan, Junaidah yang cakap sayangkan abang, abang tak kata nak kahwin dengan Junaidah. Fahamlah, abang takkan bersama dengan Junaidah." Halim berlalu pergi tanpa rasa sedikitpun bersalah.


Junaidah menjerit marah, namun dia nak buat macam mana, semuanya telah berlaku ke atas dirinya. Kerana semua yang dibuat atas dasar kasih sayang dan cinta yang diucapkan, sehingga lupa akan ruang diri sendiri. Kini nasi sudah menjadi bubur, Junaidah sudah berbadan dua malah Halim kekasihnya sebenarnya adalah laki orang dan tidak mahu bertanggungjawab. Junaidah tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengann keluarganya, masa depannya gelap begitu sahaja. Sedangkan dia seorang pelajar cemerlang tapi apa gunanya jika dia ke konvo untuk menjulang sijil dengan perut yang membesar ke depan.


Junaidah bertekad untuk melangkah ke depan, ini sahaja jalan yang ada di depannya, rupanya jalan ke depan yang diambilnya bukan jalan yang sepatutnya, selangkah Junaidah ke depan dia jatuh dari bangunan tujuh tingkat itu. Itu adalah jalan singkat yang diambilnya. Junaidah tidak sanggup berdepan dengan keluarganya, tidak sanggup berdepan dengan masa depannya. Namun dia tegar berdepan dengan mautnya sendiri.


Namun orang kata pantang ajal sebelum maut, Junaidah tidak mati lagi biar cuba membunuh diri. kini dia terlantar di hospital. kisahnya disingkap keluarga satu persatu, namun sudah terlambat untuk keluarganya membantu. Junaidah sendiri telah jauh membawa diri. perkara itu berlaku kerana mengikut kata hatinya yang logik, bercinta merupakan satu perkara logik yang berlaku pada anak muda, berkasih sehingga sanggup menggadaikan diri merupakan satu perkara logik dalam percintaan dan mengambil jalan pintas untuk selesaikan masalah merupakan logik yang dicipta sendiri yang kini menjadi tragik.


Amacam uols cerita nih leh jd pengajaran kepada kite sume kan? So, jadikan cerita nih pengajaran k..


1 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.