Kunjungan Istimewa Family Incik Suami

Sepatutnya PU post entry nih last two week lg tapi masa tu PU baru lagi dalam pantang kan so mood nak bertenet tu xde langsung.
Hari Ahad dua minggu lalu family incik suamiku datang menjenguk PU ngan baby Auni kat umah nenek a.k.a mak PU kat Telok Kemang. Masa tu yang datang pak & mak mentua PU serta adik2 ipar PU (kecuali yg 2nd...dia nih pemalu skit payah nak jumpa), tok mak (orang PD panggil nenek @ wan @ makwe) nenek icik suami, mak anjang & suami dan anak2.....
Lama gak PU tunggu diorang datang dari Sg Rambai, sampai tertidur PU duk menunggu diorang. Upe2nya diorang gi kerja kahwin kat Melaka + tahap pemanduan kereta pak mentua PU yang boleh dikategorikan pemandu berhemah (memang confirm 80km/j, PU dah masak sangat dah. tak macam incik suamiku yang drive kereta macam nak lumba F1) + tunggu mak anjang & suami datang dari KL ( pegi umah orang kahwin gak)....
Diorang sempat la dihidangkan dengan minum petang...duk pun x lama.Sampai dalam kul 4 lbih, so, diorang balik b4 maghrib.Alhamdullillah rezeki Auni hari tu, dia dapat la duit dan hamper (pemberian pak & mak mentua PU).....

 Hamper barangan PUREEN pemberian pak & mak mentua PU

So, ari nih trip yang kedua pulak....mak mentua PU dtg dengan adik ipar yang bongsu, tok mak, poksu & moksu serta anak.....mak mentua PU tukang tunjuk jalan ke rumah nek PU nih....Tu pun sesat gak..hehehe
Sempat gak lak diorang lunch kat umah nek PU.Menu lunch utk ari nih ialah Ikan Cencaru Asam Pedas,Ikan Goreng Selar,Telur Dadar & Kacang Panjang Goreng Bersuhun...PU makan sikit aje cuz perut PU dah 'diikat' bengkung Beautiful Premium yang Pu beli 2 tahun yang lepas.So, nak makan banyak tu memang tak boleh la (gara-gara nak kurus punya pasal sanggup tahan azab...hehehe)
Kali nih Auni dapat duit dan hamper lagi..kali nih poksu & moksu incik suami yang bagi (dah bagi hamper,bagi lak duit huhuhu segan lak PU)

Hamper barangan FIFFY pemberian poksu & moksu

After lunch tadi diorang balik....PU pun macam biasa la, lepas dah takde apa2 aktiviti PU on blog la..

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.