Peristiwa hari ini!!!

Mcm biasalah, kalo waktu bekerja awal-awal lagi aku dah set time kat hp jam 0600. Tapi..ha ada tapinya..pagi tadi aku dah terbangun agak lewat..jam 0700 baru aku tersedar. Ni kes tido lambat n dah memang jadi rutin harian aku kena bgn time orang lain dibuai alam mimpi sebab anak dara aku yg sorang tu akan merengek nak susu..

Pas dah bersiap2..aku gi KD Telok Kemang check up mcm biasa. Dr dah check sume n dia nasihatkan aku standby anytime je cuz kepala baby dh masuk laluan nak keluar... sakit aje terus gi klinik. Aku just angguk tanda faham tapi dengar tak dengar uols pikirlah sendiri..hehe...

Lepas habis check up aku singgah ATM, withdraw duit 'gaji' isteri tentera...hehe..rezeki2..pastu aku singgah kat salah satu stesen minyak yang berdekatan dengan pantai  nak ec minyak keta..ha kejadian kat sini jadi pengajaran kpd staf2 stesen minyak seluruh negara....(Ada aku kisah??)

Aku ec minyak RM25.00 beli 2 bungkus roti krim dan 1 botol air coklat (kecik jer)...Masa aku ngah syok sendiri ec minyak keta, aku xperasan yang tangki minyak keta ayah aku (pinjam untuk 2 hari cuz keta aku aku hubby dah bawak lari gi KL semuanya gara-gara dia tak bagi aku gi kerja cuz dah sarat peknen) dah full minyak sampai tertumpah n meleleh keluar dari tangki. Adik sepupu aku yang kerja kat stesen minyak tu panggil kawan dia tolong aku m'settle'kan masalah. Bila dah settle masalah tu, tiba2 datang sorang mamat 'gelap' one of da staff yang agak kelam kabut n bersikap kurang ajar marah2 staf yang tolong aku ni. Dia membebel2 n tutup tangki minyak keta ayah aku dengan kasar..Aku pandang kerek jer mamat 'gelap' tu...

Bila dorang fighting aku pun menyampuk sound mamat 'gelap tu'..aku cakaplah apa yg kawan u tu cakap betul, nape tutup tangki minyak keta customer macam tu...i jenis xkisah tapi ni keta ayah i. kalo customer lain mesti marah u tutup tangki minyak keta dorang ngan kasar. adik sepupu aku lak sound dorang sebab pagi2 dah bergaduh. menurut adik sepupu aku ni mamat 'gelap' tu memang suka tunjuk bagus depan orang dannnnnn agak kurang ajar.

s0, moral of da story la kan, kot ye pun kita nak tunjuk prestasi kita yang 'macam bagus' tu janganlah over sgt..berpada-padalah..ermmm..peristiwa yg berlaku pagi tadi sebelum aku gi kerja mengingatkan aku agar setiap tindakan kita perlu dibuat dengan teliti dan fikir dulu sebelum buat. Al-maklum sajalah kita ni manusia biasa tak terlepas drp membuat kesilapan...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.